Monday, November 10, 2008

AGENDA KERIS SEBAGAI IDENTITI ORANG MELAYU
( Gerakan agar semua orang Melayu memiliki Sekurang-kurangnya sebilah KERIS)

Salam perkenalan daripada saudara seagama dan sebangsa dengan kalian dari Cikgu Hasnan Yusoff .

Saudara-saudara ku!


Saya menyeru kepada semua kaum Melayu yang masih mempunyai semangat dan identiti kemelayuan agar memikir dan merenung kepada salah satu identiti bangsa kita yang kian dilupa dan pastinya akan terpinggir.
Saya memohon agar semua orang Melayu mempertahankan salah satu warisan bangsa Melayu iaitu senjata tradisional yang bernama KERIS.
Saya terpanggil untuk berbuat demikian kerana KERIS merupakan identiti orang Melayu yang tidak diganggu gugat oleh mana-mana bangsa dan kaum. Kekalkanlah KERIS sebagai simbol dan pengenalan diri orang Melayu kerana telah banyak identiti kita yang ditelan zaman.

Bagaimana kita boleh menjayakan agenda ini , saya mencadangkan agar:-

1- Setiap orang Melayu memiliki sekurang-kurangnya sebilah KERIS sebagai koleksi peribadi
dan keluarga.
2- Memulakan pemilikan KERIS daripada yang harganya mampu dibeli.
3- Menambah koleksi KERIS sekurang-kurangnya sebilah dalam setahun.
4- Memiliki KERIS yang "baru " (bukan keris lama-kerana harganya mahal dan rumit
mendapatkannya serta menguruskannya)
5- Memiliki KERIS yang mempunyai nilai seni yang tinggi (tidak semestinya lama).
6- Tinggalkan amalan dan kepercayaan kepada unsur-unsur mistik pada KERIS.
7- Layarilah laman-laman web yang menceritakan perihal KERIS.

Kini saya menunggu respons daripada rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama.

Saya memerlukan bimbingan dan panduan daripada mereka yang terlebih dahulu menceburi bidang ini.

Saya menanti huluran tangan mereka yang baru berminat kepada KERIS.

Sementara itu , insya Allah saya akan masukkan gambar-gambar keris milik saya walaupun tidak memiliki nilai keunikan yang tinggi atau tergolong dalam "barang lama " kerana hasrat saya ialah menimbulkan minat kepada mereka yang baru berminat dengan KERIS tetapi sangat "takut" untuk mendekati "KERIS" kerana percaya harganya mahal (diluar kemampuan) dan "malu" kerana KERIS yang dimiliki tidak begitu tinggi nilai estitikanya.

Janganlah merasa janggal dan malu , asalkan anda memiliki walau SEBILAH KERIS sertailah saya kerana kita baru mula bertatih dalam bidang ini.

Kepada mereka yang telah memiliki koleksi KERIS yang tinggi nilai estitikanya , bantu dan sokonglah kami pendatang baru agar usaha bertatih ini akan bertukar kepada berjalan kemudian bantulah kami untuk berlari . Sekian , wassalam:

Ihklas : Cikgu Hasnan Yusoff

Kota Bharu , Kelantan.

11 Nov 2008

1 comment:

Anonymous said...

for next you can use discount coupon
coupon code is dvdzoner

http://www.leuboo.com/shop

Mamma Mia! (2008)-£3.00

http://www.leuboo.com/shop/mamma-mia-2008.htm