Thursday, November 20, 2008

Melayu Tiada Identiti Tanpa Keris

Melayu Tiada Identiti Tanpa Keris.

Kenyataan ini amat sinis tetapi penuh harapan. Jika kita renung setiap bangsa mereka mempunyai identiti , jika kerumah masyarakat Cina kita dapat lihat lambang Yang -Ying. Kenapa kita orang Melayu tidak menggunakan keris sebagailambang identiti orang Melayu.

Jangan tersinggung , saya menyambung bicara sebelum ini agar semua orang Melayu pada setiap rumah , milikilah sebilah keris. Kenapa ? Saya terpanggil bila melihat orang Melayu semasa hari perkahwinan anak-anak mereka menggunakan keris yang sangat tidak berkualiti yang dipinjamkan oleh mak andam . Alangkah manisnya jika setiap perkahwinan anak kita , kita serikan dengan keris milik keluarga secara turun temurun.Kemudian ia akan terus diwarisi oleh anak cucu kita.

Saya sendiri telah memutuskan untuk mengajak semua orang Melayu melihat keris yang saya masukkan dalam blog ini. Walaupun tidak seindah mana tetapi rasanya bolehlah saya gunakan untuk warisan keluarga. Sokonglah usaha ini.

No comments: