Wednesday, July 22, 2009

Semangat Keris Melayu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan pesuruh Allah dan keluarga baginda. Salam sejahtera ke atas semua umat Islam.

Kini , laman ini cuba saya aktifkan . Setelah hampir setahun "ghaib" saya terpanggil untuk kembali berkongsi agenda asal yang saya lontarkan dahulu iaitu untuk kita bangsa Melayu kembali mencari identiti kita yang akan kita mulakan dengan memiliki senjata paling bernilai iaitu KERIS.

Setelah sekian lama , saya masih terus menanti mana-mana individu yang mahu berkongsi pengalaman dan koleksi KERIS masing-masing terutamanya dikalangan pemilik KERIS peringkat baru atau yang baru mahu berjinak-jinak dengan alam KERIS.

Agak sukar buat masa kini untuk saya berkumpul dan berdisuksi dengan pemilik KERIS lama kerana mereka telah berada dalam katogeri masing-masing. Secara ikhlas saya "takut" mendekati mereka dan mereka mungkin tidak selesa untuk mempamerkan koleksi KERIS mereka kerana sememangnya ia bukan untuk tontonan.

Selaku penggemar baru KERIS saya gemar untuk melihat secara langsung pelbagai jenis KERIS.

Satu pengalaman baru dan membimbangkan apabila saya mengunjungi pembuat sarung dan hulu KERIS apabila mereka menyatakan sukar untuk mencari nafkah dengan pekerjaan mereka kerana tiada lagi tempahan-tempahan besar diterima sedangkan secara perbandingan beliau telah menyiapkan pelbagai KERIS termasuk milik pemimpin negara dan raja-raja. ( Lihatlah dalam laman saya- 2 hasil kerja beliau- Indah).

Marilah kita mulakan bersama kempen pemilikan KERIS walaupun sebilah , harganya murah , barang baru dan kurang tinggi nilai estitikanya. Wassalam .

Jumpa lagi- Cg. Hasnan Yusoff , Kota Bharu , Kelantan.